KUALA LUMPUR: Akta Syarikat (Pindaan) 2024 akan dikuatkuasakan pada 1 April ini selepas diwartakan pada 2 Feb, kecuali empat seksyen dalam akta berkenaan, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali.
Beliau berkata Seksyen 4, 14, 26, dan 28 akta itu, akan berkuat kuasa pada tarikh yang akan diumumkan kelak, berikutan ia berkait dengan aspek pembangunan sistem.
"Objektif utama pindaan itu ialah memperkukuh kerangka rehabilitasi korporat dengan memudah cara syarikat yang menghadapi masalah kewangan dan menyokong pemulihan ekonomi negara, agar terus berdaya saing terutamanya dalam era pasca COVID-19.
"Selain itu, ia juga bagi mempertingkatkan elemen ketelusan dalam ekosistem sektor korporat di Malaysia, melalui penambahbaikan pelaporan pemunyaan benefisial," katanya pada sidang media selepas melancarkan pusat panggilan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang berwajah baharu, di sini hari ini.
Armizan berkata penambahbaikan kerangka pelaporan pemunyaan benefisial, dilaksanakan setelah mengambil kira perkembangan terkini di peringkat antarabangsa dalam memerangi aktiviti pengubahan wang haram, pembiayaan keganasan, rasuah dan pengelakan cukai.
"Bermula tahun ini, Malaysia akan dinilai oleh pelbagai badan antarabangsa seperti Financial Action Task Force (FATF) dan Organisation for Economic Cooperation and Development (OECD) dalam konteks menangani aktiviti tersebut.
"Kita berharap dengan pindaan ini, Malaysia akan dapat melepasi penilaian badan berkenaan dan meningkatkan keyakinan pelabur asing terhadap Malaysia," kata Armizan.
Peruntukan baharu akta itu akan mewajibkan setiap syarikat mengenal pasti pemunya benefisial, iaitu individu yang mengawal syarikat dengan pemilikan saham pada kadar 20 peratus ke atas, atau berkeupayaan mengawal keputusan lembaga pengarah syarikat.
Armizan berkata pindaan dibuat selepas melalui proses konsultasi dengan komuniti korporat di negara ini dan berharap mereka bersiap sedia untuk mematuhi semua peruntukan akta berkenaan.
Beliau berkata sehingga 29 Feb, sebanyak 1.5 juta syarikat telah berdaftar dengan SSM dengan 670,656 daripadanya masih aktif.
Armizan berkata penjenamaan pusat panggilan SSM sebagai SSM Customer Care (SSMCC) itu, sejajar dengan inovasi perkhidmatan dan produk SSM yang berkembang mengikut kehendak pelanggan.
"Objektif utama penubuhan SSMCC adalah untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan pelanggan SSM dan memastikan aduan dan pertanyaan pelanggan dikendalikan secara bersepadu, tepat, cepat dan berintegriti," katanya.
Armizan berkata antara penambahbaikan yang dilaksanakan melalui SSMCC ialah menggantikan borang pertanyaan dan aduan pelanggan sedia ada kepada platform terbaharu yang dikenali sebagai Webform, memperkenalkan SSM Chatbot yang boleh diakses 24 jam sehari, serta platform Live Chat SSM.
Beliau berkata bagi memudahkan pelanggan mengakses maklumat komprehensif, SSM juga memperkenalkan Knowledge Hub dalam portal rasmi SSM, iaitu hab yang menyimpan maklumat terkini berkaitan perundangan, produk dan perkhidmatan SSM.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 27 2024
Armizan berkata Seksyen 4, 14, 26, dan 28 akta itu, akan berkuat kuasa pada tarikh yang akan diumumkan kelak, berikutan ia berkait dengan aspek pembangunan sistem. - Gambar Astro AWANI
Dua lelaki bawa parang ditahan cuba ceroboh Istana Negara
Dua lelaki warga tempatan ditahan kerana disyaki terlibat kes cubaan menceroboh Istana Negara, semalam.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: 46 individu selesai diambil keterangan
Seramai 46 individu sudah diambil keterangan bagi membantu siasatan kes serangan Balai Polis Ulu Tiram, pada pagi Sabtu.
Raja Permaisuri Agong beri penghormatan terakhir kepada anggota polis terkorban
Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat ke Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor bagi memberi penghormatan terakhir buat dua anggota polis yang terkorban.
4 nelayan Indonesia ditemui hanyut selepas bot karam dilanggar kapal kargo
Menurut Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohamad Shukri Khotob, seorang lagi mangsa masih hilang dalam kejadian yang dipercayai berlaku pada Khamis itu.
Seorang maut, lapan cedera serangan udara Israel di Kem Pelarian Jenin
Seorang penduduk Palestin terbunuh manakala lapan lagi cedera dalam serangan udara Israel ke atas kem pelarian Jenin di Tebing Barat yang diduduki pada Jumaat.
Uzbekistan mahu kerjasama dengan JAKIM dalam piawaian halal
Uzbekistan menyuarakan hasrat untuk bekerjasama dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bagi memastikan piawaian halal di negara itu mencapai ke tahap yang sama seperti dilaksanakan oleh JAKIM, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Gaza sudah 10 hari tidak terima bekalan perubatan
Tiada bekalan perubatan diterima di Semenanjung Gaza selama 10 hari ketika Israel meneruskan serangan ganas ke atas wilayah terkepung itu.
Perhilitan selamatkan gajah jatuh longkang
Perhilitan Perak berjaya menyelamatkan seekor gajah betina yang jatuh longkang di Batu 11, Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) berhampiran Tugu Peringatan JRTB di sini pada Jumaat.
Memerangi fahaman radikal & ancaman baharu pengganas
Untuk perincian berkenaan perkara ini kita bersama Penolong Profesor di Institut Pemikiran dan Tamadun Islam Antarabangsa Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (ISTAC-IIUM), Dr Ahmad El Muhammady.
AWANI Ringkas: FBM KLCI dijangka dipacu ke paras rintangan 1,620
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Singapura mahu kukuhkan perkongsian, majukan kepentingan negara, kata PM baharu
Wong berkata kerajaannya akan memperkukuhkan perkongsian "dekat dan jauh" sambil memajukan kepentingan negara di tengah-tengah persaingan dan ketegangan yang meningkat di arena antarabangsa.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 6 Mei 2024.
Kargo udara global catat pertumbuhan berganda pada Mac - IATA
Industri kargo udara global mencatatkan 23.1 bilion tan kargo kilometer (CTK) pada Mac, mewakili pertumbuhan 10.3 peratus dari tahun ke tahun, menurut Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).
Kerjasama dua hala India-Malaysia bergantung kepada kepercayaan, kebolehpercayaan bersama - Menteri Luar
Memupuk kepercayaan dan kebolehpercayaan bersama sebagai asas untuk kerjasama dua hala antara India dan Malaysia adalah sangat penting, kata Menteri Luar India, Dr S. Jaishankar.
Akta Syarikat (Pindaan) 2024 berkuat kuasa 1 April - Armizan
Akta Syarikat (Pindaan) 2024 akan dikuatkuasakan pada 1 April ini selepas diwartakan pada 2 Feb, kecuali empat seksyen dalam akta berkenaan.
Kadar rizab tenaga di Semenanjung diunjur 28-36 peratus bagi tahun 2024-2030
Kadar rizab margin tenaga di Semenanjung bagi tahun 2024 hingga 2030 diunjurkan antara 28 hingga 36 peratus.
LADA sasar ketibaan tiga juta penumpang ke Langkawi tahun ini
Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) menyasarkan untuk meningkatkan ketibaan penumpang ke Langkawi kepada tiga juta tahun ini, selepas mencapai kira-kira 2.82 juta ketibaan penumpang pada 2023.
Jumlah pelancong Turki ke Malaysia meningkat 10.8 peratus
Jumlah pelancong Turkiye yang datang ke Malaysia dari Januari hingga November 2023 menunjukkan peningkatan sebanyak 10.8 peratus atau 15,623 orang berbanding 14,096 bagi tempoh sama pada 2019.
UMNO junjung kasih kepada Al-Sultan Abdullah
UMNO menjunjung kasih kepada Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang telah menyempurnakan tempoh pemerintahan Seri Paduka sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16, hari ini.
PM yakin rakyat rasai hikmah keadilan dan kebijaksanaan Al-Sultan Abdullah
Anwar yakin bahawa seluruh rakyat merasai hikmah keadilan dan kebijaksanaan Al-Sultan Abdullah dalam memastikan keamanan dapat dinikmati oleh semua sepanjang pemerintahan Seri Paduka.